Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

laman web peminat volkswagen beetle

laman web peminat volkswagen malaysia

aku dah terima banyak emel dari rakan volks ... ini yang sempat aku upload ke web
sila emailkan apa sahaja kepada zawawi@tm.net.my

PERISTIWA, AKTIVITI, EMAIL & MAKLUM BALAS : terkini di atas

bv2991 <bv2991@yahoo.com>

bv2991 <bv2991@yahoo.com> wrote: Assalamualaikum bang, lama tak sembang....Wah, nampaknya PJ dah siap cat dah....kira bagus ni. Al-kisah nya ada drama berlaku pada BV2991 bulan disember ari tu. Enjin terbakar!! Well, kete tu tgh baru bergerak...ayah saya tgh drive. Sekali ada letupan kecik kat enjin...dgn asap hitam...dia berenti....Bukak bonet tgk, enjin dah terbakar! Nasib baik ada used car kat situ, org tu ada extinguisher....padam api. Lepas saya check balik, tgk copper pipe pada carburettor tercabut! Jadi petrol spray pada enjin....terus menyambar! Err....rosak boleh tahan jugak....wiring enjin habis, cat bonnet belakang rosak dan sekitarnya rosak. Tapi lampu belakang OK, rubber seal rear screen pun OK. Setakat ni, wiring dah buat balik, kereta dah up and running........cuma cat je lah.....sedih tgk dia compang-camping.....hai, kumpul duit la nampaknye......tapi nak cat kaler tu jugak...unik dan kena pada umur kereta tu. Ntah bila la ada duit tuuu....eheee Gambar ada..tapi nak kena scan dulu lah....tgk lah kalau ada scanner.... Jadi TOLONG check pipe pada carb tu....pipe utk hose dari fuel pump ke carb. Make sure jgn longgar! Sambil2 tu.....nak tanya, anak sedara En. Zawawi kat Gombak tu ada part2 VW 2nd hand tak? Mana la tau kot ada....sebab tgk gambar, banyak VW kat kedai dia tu. Saya nak cari gearbox sebab gear 4 saya dah 'tendang'...... Selamat memandu! Kamarul - Kuantan.

PEMBETULAN: masalah fire-hazard tu bukan sebab hose getah longgar, tetapi COPPER PIPE pada carburettor tu tercabut! Hose getah tu kita cucuk pada copper pipe carburettor tu, kan. Kita ikat clamp pada hose tu mcm biasa kan.....ingat ok. Rupanya copper pipe tu boleh tercabut jugak! Biasa nya disebabkan oleh masa kita nak tarik hose (service carb ke, tukar hose ke)...lama-kelamaan pipe tu akan longgar dan tercabut! Itulah, org kata "nak jadi cerita" kan? Tapi syukur alhamdulilah, rosaknya sikit nak dibandingkan dgn satu kereta boleh hangus.......dan paling penting, org tua saya selamat!
Feel free to put up this info dlm webpage Volks.8m.com. Semoga info ni boleh membantu!

ujang s [ujang83s@yahoo.com] 011103

Salam buat semua peminat pemilik VW.Saya Shahren Razi dari BBBAngi, Selangor.Saya ingin menjual VW thn 68` plat BU 7355.pada harga RM 9500.00 shj. Keret ini menggunakan enjin 1.6 Super beetle RM2400 brek depan = Brek ceper (DISC BRAKE)Harga beli RM1700 Kerusi depan Bucket seat.Harga beli dgn upah RM 450 Cat BIRU METALIK. Harga cat RM2000 Sila hubungi saya jika berminat... 019-356 2893 atau rumah 03-8734 6355 atau pejabat 03-8928 3305 nak jual sebab nak nak beli cal-look yg tersadai kat tepi jln....sebab saya ni suka buat restore balik dan jual...Sekian, terima kasih.SHAHREN

Martyn.Towle@sercelsingapore.com 151003

Where, when & how much etc...... is the Bugfest '03??? Any details would be appreciated. Thanks. martyn

ezam rayman [eurovolksta@yahoo.com] 131003

check out germanlook.com , wolfsburg-edition.com , v-i-c-c.de , edition38.com for your essential euro tuning for your beetle and golfs...aircool, watercool, damn we are cool..ezam aka eurovolksta (JCH19)

Kukuh Bestari Sdn Bhd [kukuh@streamyx.com] 101003

Morning guys, plz do me a favour, what is the website add for VW club which, i myself registered but i lost it. please ....

Haslina Mohd Hassan [haslina.hassan@karangkraf.com.my] 061003

Assalamualaikum En Zawawi, Nama saya Haslina Mohd Hassan daripada majalah NONA, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Sempena keluaran bulan Disember 2003 yang kami sedang usahakan ini, salah satu daripada topiknya ialah percutian keluarga yg membabitkan ekspedisi atau berkumpulan. Oleh itu, saya ingin memohon jasa baik encik sekiranya dapat memperkenalkan salah satu daripada anggota kelab yg menyertai percutian keluarga berkumpulan dengan Volkswagen. Di sini disertakan nombor saya, 019-3680959. atau boleh e-mail saya di haslina.hassan@karangkraf.com.my atau linaz_74@yahoo.com. Boleh saya dapatkan contact no. encik? Terima kasih di atas kerjasama pihak encik. Haslina Mohd Hassan

Wartawan Majalah NONA.

Muhammad Lutfi [lutfi@telkom.co.id] 031003

Salam kenal dari MEDAN, mohon alamat WEB SITE-nya : Lutfi
ada hantar gambar... salah satu dari 3

shima mohd [shima99@yahoo.com] 260903

I try to find the detail for you... saya rasa kalau tak de aral melintang saya akan masuk bugfest tu. Dengar cerita depavali ni kan? kita jumpa di sana... Rgds, shima

Bill Moore [moorebill@hotmail.com] 140903

Sir, I am trying to make contact with any VW Country Buggy owners in Malaysia.The Country Buggy was exported from Australia to Malaysia in 1968 to 1970.My club webiste ishttp://www.vwclassicclub.org.au. and you can see my interest in Country Buggy and the Register.Any help you can provide will be appreciated.Thank you Bill Moore

muhammad khalid [khalidspares@yahoo.com] 010903

Assalamualikum w.b.t. Terima kasih. Sebenarnya ada kawan yang bagi idea ni. selama ni kita cuma senyap-senyap je tak pakai internet nak hantar senarai ni. Kita cuma guna internet untuk mencari bahan-bahan , bekalan alat ganti dan juga menghubungi kawan-kawan/pelanggan. Adalah Hamba Allah tu yang baik budiman & pakai VW yang cadangkan supaya kita hantar aje senarai harga tu. Dia kata lebih baik kerana ramai pemilik VW yang perlukan tempat untuk mendapatkan alat-alat ganti. Kedai biasa dah pandai 'mencekik' katanya. Selama ini kita hanya gunakan media cetak sahaja( iaitu hantar dengan risalah sahaja). Buat makluman Encik Zawawi, kita akan cuba mencari enjin 1.6. Tolong beri masa sedikit. Alat-alat gantinya masih mudah didapati. Ada satu pembetulan yang tak dimasukkan kedalam risalah tempohari iaitu: " Wang lebihan dari belanja pos akan DIKEMBALIKAN." (Kita tak buat bisnes lanun!) Kalau nak diselitkan dalam 'website' , terima kasih & Alhamdulillah ! Akan tetapi jangan gempar-gempar sangat, kita masih 'one man show' . Kita masih cuba nak bukak kedai tetapi kerenah bank banyak sangat . Sekian, Wassalam Yang Benar, Muhammad Khalid
webmaster: ada emel sebelum ini dan beliau terus berhubung melalui emel. terima kasih.

Abang Ahmad [abgahmad@tm.net.my] 160803

Assalamu'alaikum Saudara Zawawi, Sebelum memulakan terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada usaha saudara kerana cuba menubuhkan Kelab VW ini dan saya menyokong 100% usaha anda kearah itu. Untuk permulaan mungkin kita boleh berkenalan dan mungkin juga dapat membantu sedikit/sebanyak dalam usaha ke arah itu. Sebenarnya saya adalah seorang peminat VW dan mempunyai VW Beetle masih dalam ubah suai di KK & Miri. Semoga segala usaha yang anda rancang akan menempuh kejayaan. Terima Kasih! Abang Ahmad Abdul Rahman P.O.Box 101, W.P. Labuan. 019-8224285 / 087-463709.

31.07.2002 ...Dari Kota Kinabalu, Sabah

Hai brother, Apa khabar? Semoga sihat sejahtera. I ni one of a proud owner of a VW Beetle in Kota Kinabalu. I juga adalah salah seorang daripada AJK Kelab Volkswagen Kinabalu (Sabah) -berdaftar. Baru-baru ini pihak kelab telah menganjur Borneo Beetle Fest 2002 iaitu pada 20 & 21 Julai. Pesta kali adalah yang kali kedua. Lebih kurang 70 buah kereta VW Beetle termasuk Van dan Golf diarak masuk ke lapangan letak kereta di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Peserta datang dari seluruh negeri Sabah termasuk jugalah dari WP Labuan yangdiketuai oleh En. Idris Abd. Ghani. Akhir sekali i ingin tahu berapa kosnya nak dapat VW Owners Workshop Manual tu, sebab ni berminat sangatlah nak dapatkan buku tu. Sekian & terima kasih. ... madvolks

di bina pada 04 Februari 2002 oleh zawawi parjan
kemaskini terakhir : 01.07.2003